Saturday, January 8, 2011


YURAN HOME TUISYEN

KELAS MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN


BAYARAN 1 JAM BAGI SETIAP PELAJAR UNTUK SETIAP SESI/ KELAS
Bilangan Pelajar
1 PELAJAR
2 PELAJAR
3 PELAJAR
4 PELAJAR
DARJAH 4-6
RM 30
RM 25
RM 20
RM 15
TING 1-3
RM 35
RM 30
RM 25
RM 20
TING 4-5
RM 40
RM 35
RM 30
RM 25
 
Contoh Pengiraan:

1. Bagi kelas berkumpulan 4 org (pelajar tingkatan 3) untuk kelas matematik sekali  seminggu,(1 jam 30 minit bagi setiap kelas) bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh setiap pelajar ialah:-

RM 20 x 4 = RM 80 sahaja sebulan


2. Bagi kelas perseorangan (pelajar tingkatan 5) untuk kelas matematik tambahan (1 jam setiap kelas), bayaran bulanan yang perlu dibayar ialah:-

RM 40 x 4 = RM 160 sahaja sebulan

_____________________________

Bilangan pelajar dalam setiap kelas ditentukan oleh pelajar itu sendiri samada 1 to 1 atau dalam kumpulan kecil.

Pelajar oleh mengajak rakan- rakan sekelas/sekolah untuk sama- sama menghadiri kelas tuisyen dan guru boleh mengadakan kelas secara bergilir- gilir di rumah pelajar jika ingin kelas dijalankan dalam kumpulan kecil.
Bagi kelas berkumpulan 2-4 orang pelajar, masa kelas ditambah kepada 1 jam 30 minit untuk setiap sesi pembelajaran dengan bayaran yang sama seperti dalam jadual di atas.

Tiada cas pengangkutan dikenakan bagi kelas yang diadakan di rumah pelajar.

Kawasan- kawasan selain Kulim akan dikenakan cas pengangkutan berdasarkan jarak (km).

Bayaran bagi setiap pelajar hendaklah dijelaskan selewat- lewatnya pada hari terakhir bulan berkenaan. 

Pelajar akan diberi resit jumlah bayaran untuk dibayar pada kelas terakhir pada setiap bulan.

Bayaran boleh dibuat secara tunai @ online (Maybank2u/CIMB Clicks) berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.


KELAS MEMBUAT BLOG & MICROSOFT WORDS (ASAS)



Kelas-kelas komputer ini adalah kelas personal iaitu 1 to 1 atau maksimum 2 orang sahaja dalam satu masa.

Kelas akan diadakan sekali sahaja selama 1 jam 30 minit hingga 2 jam.

Kelas boleh diadakan sama ada di rumah guru atau rumah pelajar.

Nota yang amat mudah difahami akan diberikan.

Satu komputer riba (laptop) akan disediakan oleh guru bagi setiap kelas.

Bagi kelas membuat blog, pelajar akan menghasilkan satu blog ringkas selepas pembelajaran dengan bimbingan guru.

Bayaran bagi setiap kelas adalah RM 50.00 sahaja.

Bagi pelajar yang ingin mengikuti kedua-dua kelas (Membuat blog & Microsoft Words) diskaun akan diberikan. Pelajar hanya perlu membayar sejumlah RM80.00 sahaja.


TAWARAN HEBAT!!!!!!!!!!
BAK KATA ORANG PUTIH 
'WIN - WIN SITUATION'

BAGI KELAS MALAM (MATEMATIK/ADD MATH SAHAJA) YANG DIADAKAN DI RUMAH GURU (TAMAN KTC, KULIM HI-TECH), SEMUA PELAJAR AKAN MENDAPAT YURAN FLAT RATE YANG AMAT BERBALOI!!!

BAYARAN YANG DIKENAKAN IALAH RM 15 SEJAM @ UNTUK SETIAP SESI TIDAK KIRA PELAJAR SEKOLAH RENDAH @ MENENGAH!!!!


BILANGAN PELAJAR DALAM KUMPULAN KECIL YANG DITENTUKAN OLEH GURU.

HUBUNGI CIKGU AMIRAH (019-6466326) UNTUK MENDAFTAR!!!!!

CEPAT DAFTAR SEBELUM KELAS PENUH!!!!!!!!







Wednesday, December 22, 2010

KELEBIHAN HOME TUISYEN CIKGU AMIRAH

1. Bagi mata pelajaran matematik moden, pelajar sekolah rendah terutamanya akan didedahkan dengan  kaedah mudah untuk manghafal sifir- sifir tertentu menggunakkan kaedah yang amat mudah (menggunakan jari untuk mengira sifir). Nota ringkas untuk kaedah- kaedah yang diajar juga akan diberi kepada setiap pelajar.


2. Kelas tuisyen boleh ditambah berdasarkan permintaan ibu bapa atau pelajar bagi waktu- waktu puncak seperti pada minggu- minggu peperiksaan atau ujian dan juga semasa cuti sekolah. Ini atas persetujuan kedua- dua pihak dan bergantung juga kepada kekosongan jadual mengajar guru.

3. Jika pelajar mempunyai perkara lain pada masa kelas diadakan, maka kelas tuisyen boleh ditunda pada hari lain (dicepatkan atau dilewatkan) atas persetujuan kedua- dua belah pihak.

4. Guru akan sentiasa mengadakan ujian ringkas bagi tajuk- tajuk yang diajar bagi menguji penguasaan pelajar atas setiap topik yang telah diajar.


5. Pelajar boleh bertanyakan soalan- soalan kerja sekolah yang tidak difahami di sekolah semasa waktu kelas tuisyen di jalankan.

6. Setiap subjek yang diajar akan diajar dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman para pelajar.

7. Latihan ringkas akan diberi kepada pelajar untuk mengukuhkan penguasaan mereka terhadap mata pelajaran yang dipelajari.


Tuesday, December 21, 2010

SUBJEK YANG DIAJAR :-


* MATEMATIK MODEN Darjah 4-6
* MATEMATIK MODEN Tingkatan 1-5
* MATEMATIK SPM ulangan
* ADD MATH Tingkatan 4-5
* MICROSOFT WORDS (ASAS)
* MEMBUAT BLOG (ASAS)

1.Kelas tuisyen boleh diadakan sama ada di rumah cikgu atau di rumah pelajar bergantung kepada permintaan. 
2.Tiada bayaran pengangkutan dikenakan bagi kelas yang diadakan di rumah cikgu.
3. Bagi kelas komputer (Microsft Words/PowerPoint/AutoCad) pelajar digalakkan menggunakan komputer sendiri (laptop/ desktop).

Monday, December 20, 2010

KELEBIHAN TUISYEN DI RUMAH

Mendapat perhatian sepenuhnya
Pelajar mendapat perhatian sepenuhnya berbanding di pusat tuisyen di mana tutor atau pengajar perlu memberi tumpuan terhadap ramai pelajar.


Interaksi yang baik
Di kelas atau di pusat tusiyen, pelajar mungkin malu bertanya soalan-soalan tertentu kerana takut dianggap bodoh oleh kawan-kawan. Namun kelebihan tuisyen di rumah, pelajar tidak malu dan mudah untuk bertanya.


Fokus terhadap kelemahan
Memandangkan cuma seorang pelajar sahaja yang perlu diberi perhatian, maka banyak kelemahan pelajar tersebut dapat diatasi.


Langkah demi langkah
Pelajar akan dapat diajar langkah demi langkah untuk menguasai satu-satu topik sebelum beralih ke topik seterusnya. Di pusat tuisyen, pelajar terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar lain yang lebih pandai.


Pelajar hanya perlu tunggu di rumah
Ibubapa tidak perlu risau tentang keselamatan anak-anak. Ibubapa juga boleh sentiasa memerhatikan anak-anak. Tidak membuang masa dan tenaga ibubapa. Jika di pusat tuisyen ibu bapa perlu mengambil anak, terlibat dengan kesesakan lalu lintas.


Kelas ganti yang fleksibel
Pelajar tidak akan tertinggal topik yang hendak dipelajari. Malah jadual kelas adalah lebih fleksibel. Di pusat tuisyen, kelas tidak akan diganti tetapi tetap dikenakan bayaran. Pelajar sukar mengikuti topik berikutnya jika tidak hadir ke kelas sebelumnya. Ibu bapa dan pelajar boleh berunding dengan guru tuisyen di rumah untuk berbincang tentang pertemuan yang seterusnya dengan mudah. Ini kerana kelas tuisyen cuma melibatkan seorang guru dan seorang pelajar, tidak terikat dengan pelajar-pelajar lain.


Pelajar lebih fokus terhadap pembelajaran
Pelajar yang belajar di pusat tuisyen berkemungkinan terjerat dengan hubungan percintaan dan mungkin juga sukar memberi tumpuan di pusat tuisyen kerana gangguan daripada rakan-rakan yang nakal. Pelajar yang diajar secara peribadi oleh tutor di rumah akan sentiasa dipantau dan dijaga oleh guru tuisyen.


Tidak mengganggu aktiviti sekolah
Jadual tuisyen di rumah adalah fleksibel. Pelajar boleh memungut mata kehadiran dan penglibatan dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum di sekolah tanpa mengganggu aktiviti pembelajaran tuisyen kerana waktu dan jadual tuisyen di rumah atau tuisyen peribadi adalah fleksibel, boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian waktu.