Monday, December 20, 2010

KELEBIHAN TUISYEN DI RUMAH

Mendapat perhatian sepenuhnya
Pelajar mendapat perhatian sepenuhnya berbanding di pusat tuisyen di mana tutor atau pengajar perlu memberi tumpuan terhadap ramai pelajar.


Interaksi yang baik
Di kelas atau di pusat tusiyen, pelajar mungkin malu bertanya soalan-soalan tertentu kerana takut dianggap bodoh oleh kawan-kawan. Namun kelebihan tuisyen di rumah, pelajar tidak malu dan mudah untuk bertanya.


Fokus terhadap kelemahan
Memandangkan cuma seorang pelajar sahaja yang perlu diberi perhatian, maka banyak kelemahan pelajar tersebut dapat diatasi.


Langkah demi langkah
Pelajar akan dapat diajar langkah demi langkah untuk menguasai satu-satu topik sebelum beralih ke topik seterusnya. Di pusat tuisyen, pelajar terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar lain yang lebih pandai.


Pelajar hanya perlu tunggu di rumah
Ibubapa tidak perlu risau tentang keselamatan anak-anak. Ibubapa juga boleh sentiasa memerhatikan anak-anak. Tidak membuang masa dan tenaga ibubapa. Jika di pusat tuisyen ibu bapa perlu mengambil anak, terlibat dengan kesesakan lalu lintas.


Kelas ganti yang fleksibel
Pelajar tidak akan tertinggal topik yang hendak dipelajari. Malah jadual kelas adalah lebih fleksibel. Di pusat tuisyen, kelas tidak akan diganti tetapi tetap dikenakan bayaran. Pelajar sukar mengikuti topik berikutnya jika tidak hadir ke kelas sebelumnya. Ibu bapa dan pelajar boleh berunding dengan guru tuisyen di rumah untuk berbincang tentang pertemuan yang seterusnya dengan mudah. Ini kerana kelas tuisyen cuma melibatkan seorang guru dan seorang pelajar, tidak terikat dengan pelajar-pelajar lain.


Pelajar lebih fokus terhadap pembelajaran
Pelajar yang belajar di pusat tuisyen berkemungkinan terjerat dengan hubungan percintaan dan mungkin juga sukar memberi tumpuan di pusat tuisyen kerana gangguan daripada rakan-rakan yang nakal. Pelajar yang diajar secara peribadi oleh tutor di rumah akan sentiasa dipantau dan dijaga oleh guru tuisyen.


Tidak mengganggu aktiviti sekolah
Jadual tuisyen di rumah adalah fleksibel. Pelajar boleh memungut mata kehadiran dan penglibatan dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum di sekolah tanpa mengganggu aktiviti pembelajaran tuisyen kerana waktu dan jadual tuisyen di rumah atau tuisyen peribadi adalah fleksibel, boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian waktu.

No comments:

Post a Comment