Wednesday, December 22, 2010

KELEBIHAN HOME TUISYEN CIKGU AMIRAH

1. Bagi mata pelajaran matematik moden, pelajar sekolah rendah terutamanya akan didedahkan dengan  kaedah mudah untuk manghafal sifir- sifir tertentu menggunakkan kaedah yang amat mudah (menggunakan jari untuk mengira sifir). Nota ringkas untuk kaedah- kaedah yang diajar juga akan diberi kepada setiap pelajar.


2. Kelas tuisyen boleh ditambah berdasarkan permintaan ibu bapa atau pelajar bagi waktu- waktu puncak seperti pada minggu- minggu peperiksaan atau ujian dan juga semasa cuti sekolah. Ini atas persetujuan kedua- dua pihak dan bergantung juga kepada kekosongan jadual mengajar guru.

3. Jika pelajar mempunyai perkara lain pada masa kelas diadakan, maka kelas tuisyen boleh ditunda pada hari lain (dicepatkan atau dilewatkan) atas persetujuan kedua- dua belah pihak.

4. Guru akan sentiasa mengadakan ujian ringkas bagi tajuk- tajuk yang diajar bagi menguji penguasaan pelajar atas setiap topik yang telah diajar.


5. Pelajar boleh bertanyakan soalan- soalan kerja sekolah yang tidak difahami di sekolah semasa waktu kelas tuisyen di jalankan.

6. Setiap subjek yang diajar akan diajar dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman para pelajar.

7. Latihan ringkas akan diberi kepada pelajar untuk mengukuhkan penguasaan mereka terhadap mata pelajaran yang dipelajari.


No comments:

Post a Comment